Assalamualaikum w.b.t. Hai ! Alhamdulillah. So, macam mana? Aku tak sihat lagi. Bukan baru tapi dah 3 minggu HAHAHA. Masa first week tu ada kursus. Lebih kurang 3 hari tak bangun. Demam panas batuk batuk sakit belakang muntah muntah paling best sakit kepala. Pakai sweater, selimut 3 lapis tapi still menggigil. Ubat batuk dah 3 botol habis. Air asam jawa, air madu, air lemon madu semua dah. Ni baru dapat ubat batuk baru and baru dapat antibiotik. Dapat yang dos tinggi pulak tu. Habis wang ringgit ini RM50 sekali jalan.
And currrently MIAT ada satu event besar iaitu MIAT MEGA RAYA 2016 atau lebih dikenali Kampung Raya. Jamuan raya untuk students (je) cuma before this kebiasaannya buat petang after solat Jumaat. Tapi kalini hari Jumaat tapi pukul 8.30 malam. Sudah tentu makanannya banyak dong. Dah namanya pun jamuan.
So far Alhamdulillah sem ni macam ada semangat lebih nak belajar. Pergi class pun awal sikit dari sebelum ni haha. And one more thing yang paling penting ! Dah boleh tidur awal. Make sure before 2 pagi tu dah tidur nyenyak. If tak before this Masha Allah kalau selagi tak dengar azan subuh tu selagi tu tak berhenti buat kerja. So this semester dah FYP (Final Year Project) and yes diploma student kena 2 orang untuk FYP. At first memang dah fikir oke aku akan buat sorang since classmates yang lain tidak busy perprogram hanya aku yang desperate join program. Kalau tak nanti kesian partner itu bila dimana ada situasi aku busy then akhirnya dia sahaja yang buat sorang sorang tapi aku menumpang nama.
Tapi atas nasihat nasihat keras yang diberikan oleh sunbae, mereka sekeras kerasnya menghalang aku untuk buat sorang. Mereka mencadangkan untuk cari partner yang sama busy so he/she will understand you bila dia pun pernah berpogram. Jadi fikir punya fikir jumpa dah ! Cuma just lain class so I need to change my group masuk ke dalam class dia. Jadi settle partner, title FYP, supervisor. Masih perlu bertahan untuk langkah langkah yang seterusnya.
So setelah penggal yang kedua ini, SRC semakin busy dan bajet bajet untuk busy berkhidmat. Tak. Actually memang sangat sibuk. Hey we are still students tidak semestinya 24 hours kami duduk dalam office ini ya rakan rakan. Kami still pergi ke class, berassignment, berquiz bersama sama rakan rakan. Kami masih dalam student life lagi cuma yang ini lain sikit.
Last week dah balik rumah. Balik hanya sebab sakit semata mata. Memula rancangnya just nak pergi rumah pakndak or rumah abang. Tapi mak terus suruh beli ticket pulang ke rumah. Dan apabila di rumah maka bermulah sesi urut mengurut dan paksa untuk menjamah jamu jamu. Dan hasilnya suara masih hilang arah tanpa tujuan bercakap hanya keluar angin angin kencang. Ya sangat terseksa. Tidur pun tidur duduk haha. Kalau baring pengumpulan lendir lendir di tekak buat bising satu bilik. So stay strong Izni !!! Bye gais. Stay tuned. Thank you