Thursday, August 11, 2016

dah start belajar

Assalamualaikum w.b.t. Hai ! Alhamdulillah. So, macam mana? Aku tak sihat lagi. Bukan baru tapi dah 3 minggu HAHAHA. Masa first week tu ada kursus. Lebih kurang 3 hari tak bangun. Demam panas batuk batuk sakit belakang muntah muntah paling best sakit kepala. Pakai sweater, selimut 3 lapis tapi still menggigil. Ubat batuk dah 3 botol habis. Air asam jawa, air madu, air lemon madu semua dah. Ni baru dapat ubat batuk baru and baru dapat antibiotik. Dapat yang dos tinggi pulak tu. Habis wang ringgit ini RM50 sekali jalan.

And currrently MIAT ada satu event besar iaitu MIAT MEGA RAYA 2016 atau lebih dikenali Kampung Raya. Jamuan raya untuk students (je) cuma before this kebiasaannya buat petang after solat Jumaat. Tapi kalini hari Jumaat tapi pukul 8.30 malam. Sudah tentu makanannya banyak dong. Dah namanya pun jamuan.

So far Alhamdulillah sem ni macam ada semangat lebih nak belajar. Pergi class pun awal sikit dari sebelum ni haha. And one more thing yang paling penting ! Dah boleh tidur awal. Make sure before 2 pagi tu dah tidur nyenyak. If tak before this Masha Allah kalau selagi tak dengar azan subuh tu selagi tu tak berhenti buat kerja. So this semester dah FYP (Final Year Project) and yes diploma student kena 2 orang untuk FYP. At first memang dah fikir oke aku akan buat sorang since classmates yang lain tidak busy perprogram hanya aku yang desperate join program. Kalau tak nanti kesian partner itu bila dimana ada situasi aku busy then akhirnya dia sahaja yang buat sorang sorang tapi aku menumpang nama. 

Tapi atas nasihat nasihat keras yang diberikan oleh sunbae, mereka sekeras kerasnya menghalang aku untuk buat sorang. Mereka mencadangkan untuk cari partner yang sama busy so he/she will understand you bila dia pun pernah berpogram. Jadi fikir punya fikir jumpa dah ! Cuma just lain class so I need to change my group masuk ke dalam class dia. Jadi settle partner, title FYP, supervisor. Masih perlu bertahan untuk langkah langkah yang seterusnya.

So setelah penggal yang kedua ini, SRC semakin busy dan bajet bajet untuk busy berkhidmat. Tak. Actually memang sangat sibuk. Hey we are still students tidak semestinya 24 hours kami duduk dalam office ini ya rakan rakan. Kami still pergi ke class, berassignment, berquiz bersama sama rakan rakan. Kami masih dalam student life lagi cuma yang ini lain sikit.

Last week dah balik rumah. Balik hanya sebab sakit semata mata. Memula rancangnya just nak pergi rumah pakndak or rumah abang. Tapi mak terus suruh beli ticket pulang ke rumah. Dan apabila di rumah maka bermulah sesi urut mengurut dan paksa untuk menjamah jamu jamu. Dan hasilnya suara masih hilang arah tanpa tujuan bercakap hanya keluar angin angin kencang. Ya sangat terseksa. Tidur pun tidur duduk haha. Kalau baring pengumpulan lendir lendir di tekak buat bising satu bilik. So stay strong Izni !!! Bye gais. Stay tuned. Thank you 
 


Tuesday, July 19, 2016

wow july 2016

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. WOW JULY 2016. Welcome to second home freshman. May Allah be with you in this journey. Alhamdulillah. Masih ada peluang untuk menyertai OC ! Eh jap. Saya bukan OC. Hanya sekadar insan belakang tabir. Ni bukan setakat belakang tabir. Tapi tertutup tabir terus. So far dah hari ketiga. Esok last dahhh. Currently freshman tengah dengar briefing (serious mengantuk) from Abang Nik. Then akak akak and abang abang faci tengah duduk semsama meeting tentang LDK mereka seterusnya. And ya ada orang sebelah saya, Qita (bukan nama sebenar) tengah berantisocial. 

Sepatutnya kami nak start untuk pledge iaitu closing ceremony for this wow july 2016. Tapi bila dah dapat lattop, internet, tempat selesa beraircond, mata kuyu kuyu, tiba tiba berantisocial. Unit unit lain tengah buat kerja masing masing yang masih belum selesai. Oke ini mungkin kelihatan riak, siap sedia. IZNI BERJAYA BANGUN KEJUT GEGAR SUBUH SETERUSNYA MANDI DAN IKUT UNIT MAKANAN KE DEWAN BANTU MENGURUSKAN MAKANAN. Seriously. Aku pun tak percaya dengan diri sendiri untuk bangun pagi gegar subuh. But yes. MINDSET sangat penting. Sebenarnya rasa sebesalah dah dua hari tak bangun awal pagi untuk menolong. Muka seperti ini akan muncul pada waktu tengahari, jalan laju laju ke dewan then terus acah acah busy buat kerja hahaha. Itu yang beria nak tebus kesalahan katanya.

So, to all freshman. All the best in your future. Jaga hubungan awak dengan rakan rakan, orang sekeliling. Paling penting jaga hubungan awak dengan ALLAH. Perbetulkan niat awak. Ikhlaskan hati untuk menerima ilmu. Perjalanan awak baru sahaja bermula. Seterusnya pesanan penaja, aktifkan aktifkan diri dengan club and kalau nak lagi best, aktifkan diri bersama SRC UNIKL MIAT 2016/2017.


Tuesday, July 12, 2016

HATI DAN JANJI


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Mudah mudahan dapat berjumpa ramadhan lagi In Shaa Allah. So sekarang ada kat MIAT. Yayayaya hari raya di MIAT. Ni kira Alhamdulillah. Tahun lepas raya ketiga dah balik MIAT. Balik awal untuk? Untuk Orientation Committee, WOW July 2016. WOW tu Welcoming and orientation week atau lebih senang dikenalai minggu orientasi bagi kemasukan baharu UniKL MIAT.

Terus terang kisah ini bukan tentang raya ataupun kisah oc atauppun kisah WOW. 

Hati. Kalau sebut tentang hati. Ia bukan sahaja tentang hati dan perasaan pada seseorang ataupun tetang cinta. Tapi ia tentang semuanya. Semua yang berada di sekeliling kita malahan bukan sekeliling kita. Jangan berjanji untuk memberikan hati kepada sesuatu atau seperkara dengan dalam situasi yang memerlukan kita untuk berjanji walaupun situasi itu sebenarnya tidak patut berlaku.

Aku seorang yang ingat pada janji. jadi jika orang berjanji aku akan sentiasa ingat janji itu. Jadi lagi aku kurang selesa dengan orang orang yang mudah berjanji dengan menganggap bahawa janji itu sesuatu yang mudah, sesuatu yang remeh temeh, sesuatu yang tidak penting dan sesuatu yang tidak perlu nak keep an eye. NO. Ia bukan sesuatu sebegitu rupa.

Jadi. Jika awak awak dan awak berjanji atas sebab situasi yang memaksa untuk itu, jangan pernah memperbodohkan diri dan hati awak awak dan awak sehinggakan janji janji itu makan membusuk diri awak awak dan awak sendiri. Ia bukan hanya makan membusuk diri awak awak dan awak. Malahan ia berkulat pada diri orang sekeliling awak.

Ia. Situasi sekarang memang bukan sebaik situasi ketika dahulu dan sebelum ini. TAPI AWAK AWAK AWAK DAN BERJANJI UNTUK MEMBERIKAN HATI PADA SITUASI SEKARANG INI. Dan akhirnya orang sekeliling awak yang menahan hidu janji busuk awak awak dan awak. Kalau nak dibandingkan situasi sekarang dan sebelum ini, ia memang berbeza. Masih mentah. Tetapi ia tidak bermakna untuk awak awak dan awak berkelakuan sebegini rupa.

Kalau sebelum ini awak awak dan awak mampu berjanji menjadi hebat pada sekeliling dan awak memang tunaikan janji itu, mengapa tidak sekarang untuk awak tunaikan juga janji yang sama awak awak dan awak taburkan ? Malu? Situasi sekarang tidak sama dengan sebelum ini? Situasi sekarang tak seronok? Ia tidak bermakna untuk awak awak dan awak memperkotak katikkan dan berjanji palsu. Mengapa tidak awak awak dan awak bersama sama dengan situasi sekarang untuk gahkan ia dengan secara tidak langsung awak akan tunaikan janji awak. 

Maaf. Maaf jika kadang kadang kata kata sarcastic saya terjentik hati awak awak dan awak. Tapi ini sudah terlalu lewat. Ini sudah saat saat genting. Tenat. Saya kuatkan hati untuk menulis tentang ini. Kerana sudah terlalu banyak saya kumpul satu persatu. Saya taknak ia berulat bernanah dalam hati sehinggakan takkan ada satu perkataan MAAF SEHINGGA AKHIRAT. Saya taknak perkara ini dalam diri. Tuhan, jentiklah hati mereka.

Sunday, June 19, 2016

Rumah Baru


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bulan Ramadhan Al Mubarak. Rumah baru untuk blog lagi. The old one already in a trash. Sedang berada dalam saat akhir semester, final exam. Ada lagi beberapa paper yang masih menunggu. Dan masih tetap untuk tidak ulangkaji malahan bersengkang mata untuk blog. Sudah hampir dua minggu ramadhan. Pantas sangat. Inilah waktu yang tidak sabar menunggu. Waktu dimana kita berpuasa. Waktu untuk bertahan nafsu. Waktu untuk mencorak keperibadian diri sendiri. Waktu untuk lebihkan beribadah kepada Allah. Waktu untuk lebihkan meminta keampunan kepada Allah. Inilah waktunya. Alhamdulillah aku bersyukur masih diberi peluang untuk berada dalam waktu waktu ini.

Memanglah penat. Tak. Bukan mengeluh. Tapi mengadu haha. Tak tidur. Tidur hanya beberapa jam. Ulangkaji tapi apa benda yang diulangkajinya pun tak tahu. Ah complicated nya. Sabar. Masih hanya berbaki tiga paper sahaja lagi. Tiga paper ini nak menunggu untuk habis, perit. Rindu saat tingkatan lima, ALFA 2013. Tidur sebelum pukul 11. Paling lewat pun 12 malam. Dan sentiasa bangun 5.45 pagi. 6.45 pagi bersesak sesak ke sekolah. Rasa akulah yang paling lambat ! Kelas padat dari pagi hingga petang. Paling awal pulang pukul 3.10 petang. 

Menjadi kebiasaan sampai rumah pukul 6 hingga 6.30 petang. Pelik. Tidak pernah aku mengadu penat. Malahan seronok walaupun berulang ulang kali. Tetapi ketika ini, dalam seminggu class hanya ada pada hari hari tertentu, waktu waktu tertentu. Contohnya, hari Isnin hanya ada class 8.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja. Kemudian, kosong. Tetapi mengapa masih merungut dengan hanya class pada waktu dan hari yang tertentu. Jawapannya, aku terlalu berada dalam situasi selesa dimana dahulu, nak atau taknak aku tetap mesti nak sedikit sebanyak mengubah niat untuk sentiasa melakukan dengan ikhlas. Tuhan, tetapkanlah hati ini.Semoga tidak berubah niat ini.