Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Mudah mudahan dapat berjumpa ramadhan lagi In Shaa Allah. So sekarang ada kat MIAT. Yayayaya hari raya di MIAT. Ni kira Alhamdulillah. Tahun lepas raya ketiga dah balik MIAT. Balik awal untuk? Untuk Orientation Committee, WOW July 2016. WOW tu Welcoming and orientation week atau lebih senang dikenalai minggu orientasi bagi kemasukan baharu UniKL MIAT.
Terus terang kisah ini bukan tentang raya ataupun kisah oc atauppun kisah WOW.
Hati. Kalau sebut tentang hati. Ia bukan sahaja tentang hati dan perasaan pada seseorang ataupun tetang cinta. Tapi ia tentang semuanya. Semua yang berada di sekeliling kita malahan bukan sekeliling kita. Jangan berjanji untuk memberikan hati kepada sesuatu atau seperkara dengan dalam situasi yang memerlukan kita untuk berjanji walaupun situasi itu sebenarnya tidak patut berlaku.
Aku seorang yang ingat pada janji. jadi jika orang berjanji aku akan sentiasa ingat janji itu. Jadi lagi aku kurang selesa dengan orang orang yang mudah berjanji dengan menganggap bahawa janji itu sesuatu yang mudah, sesuatu yang remeh temeh, sesuatu yang tidak penting dan sesuatu yang tidak perlu nak keep an eye. NO. Ia bukan sesuatu sebegitu rupa.
Jadi. Jika awak awak dan awak berjanji atas sebab situasi yang memaksa untuk itu, jangan pernah memperbodohkan diri dan hati awak awak dan awak sehinggakan janji janji itu makan membusuk diri awak awak dan awak sendiri. Ia bukan hanya makan membusuk diri awak awak dan awak. Malahan ia berkulat pada diri orang sekeliling awak.
Ia. Situasi sekarang memang bukan sebaik situasi ketika dahulu dan sebelum ini. TAPI AWAK AWAK AWAK DAN BERJANJI UNTUK MEMBERIKAN HATI PADA SITUASI SEKARANG INI. Dan akhirnya orang sekeliling awak yang menahan hidu janji busuk awak awak dan awak. Kalau nak dibandingkan situasi sekarang dan sebelum ini, ia memang berbeza. Masih mentah. Tetapi ia tidak bermakna untuk awak awak dan awak berkelakuan sebegini rupa.
Kalau sebelum ini awak awak dan awak mampu berjanji menjadi hebat pada sekeliling dan awak memang tunaikan janji itu, mengapa tidak sekarang untuk awak tunaikan juga janji yang sama awak awak dan awak taburkan ? Malu? Situasi sekarang tidak sama dengan sebelum ini? Situasi sekarang tak seronok? Ia tidak bermakna untuk awak awak dan awak memperkotak katikkan dan berjanji palsu. Mengapa tidak awak awak dan awak bersama sama dengan situasi sekarang untuk gahkan ia dengan secara tidak langsung awak akan tunaikan janji awak.
Maaf. Maaf jika kadang kadang kata kata sarcastic saya terjentik hati awak awak dan awak. Tapi ini sudah terlalu lewat. Ini sudah saat saat genting. Tenat. Saya kuatkan hati untuk menulis tentang ini. Kerana sudah terlalu banyak saya kumpul satu persatu. Saya taknak ia berulat bernanah dalam hati sehinggakan takkan ada satu perkataan MAAF SEHINGGA AKHIRAT. Saya taknak perkara ini dalam diri. Tuhan, jentiklah hati mereka.

No comments:
Post a Comment