Assalamualaikum
w.b.t. Hari ini tertarik nak buat post tentang ini. Berdikari. Aku harus
berdikari apabila berada di situasi ini. Situasi dimana tiada ayah. Tiada
wang ringgit yang mencukupi. Kalau aku boleh mengaku ianya cukup cukup, aku
akan mengaku. Tetapi hakikatnya memang tidak. Dugaan duit sangat memberi impak
yang sangat menjatuhkan aku. Habis class, pergi kerja balik malam. Waktu cuti
tapi kerja. Ya. Ianya untuk konvo Diploma. Ya, ia hanya sekadar diploma. Aku
puas dengan sekadar diploma inilah aku dapat rasa semuanya. Rasa penat kerja 12
jam. Rasa hanya makan roti RM2 dua kali sehari. Dan kadang kadang bila terlalu
sakit untuk teruskan, barulah beranikan diri untuk membeli nasi bila balik
kerja. Rasa ketakutan bawa motor di tempat yang gelap yang macam macam situasi
akan berlaku. Rasa tu takkan jauh dari perempuan.
Rasa
sakitnya diri, sempitnya diri. Beraya di tempat kerja. Hanya pulang selama 1
hari sahaja. Allahu. Setiap malam menangis. 17 September 2017. Malam itu.
Menangis sepuas puas puas puasnya. Ketika ini, hanya Allah satu satunya yang
melihat dan mendengar. Tiada sesiapa disini. Hanya aku dan Allah. Rasa sakit,
pedih, marah, sedih, kecewa, hiba, pilu, hina. Semuanya aku lepaskan. Semuanya.
Aku juga berharap jika ada seseorang yang mampu faham tangisan aku ketika itu.
Ya aku sangat berharap. Tetapi tiada. Pilu. Aku perlu berdikari. Tetapi
salahkah untuk aku mengemis sedikit perhatian. Hanya sedikit. Aku hanya minta
itu sahaja. Salahkah?
Aku sudah
cukup puas dengan berdikari. Hanya kali ini aku meminta masa. Maaf. Aku tidak
faham dengan kerja. Aku tidak faham dengan masa. Maaf kerana aku terlalu
meminta minta masa. Siapa aku untuk meminta minta. Aku tidak pernah memberi apa
apa. Tetapi aku tidak berhenti meminta minta. Betapa hinanya perempuan seperti
aku. Tinggalkan aku. Supaya kau turut tidak terhina bersama sama denganku.
Supaya kau dapat memberi masa kepada diri kau sendiri. Maaf. Aku hanya
perempuan hina. Tidak layak untuk ditempatkan.
Tiada apa
yang istimewa. Tiada apa yang dapat dibanggakan. Tiada apa yang dapat aku beri.
Tiada apa apa yang dapat kau syukurkan kerana aku. Kuat, tabah? Tak. Aku tidak
tabah untuk kehilangan lagi. Tetapi untuk ini, aku perlu untuk tabah. Aku tidak
layak untuk diberikan bahagia seperti ini. Aku tidak layak untuk
diterima.