Sunday, June 19, 2016

Rumah Baru


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bulan Ramadhan Al Mubarak. Rumah baru untuk blog lagi. The old one already in a trash. Sedang berada dalam saat akhir semester, final exam. Ada lagi beberapa paper yang masih menunggu. Dan masih tetap untuk tidak ulangkaji malahan bersengkang mata untuk blog. Sudah hampir dua minggu ramadhan. Pantas sangat. Inilah waktu yang tidak sabar menunggu. Waktu dimana kita berpuasa. Waktu untuk bertahan nafsu. Waktu untuk mencorak keperibadian diri sendiri. Waktu untuk lebihkan beribadah kepada Allah. Waktu untuk lebihkan meminta keampunan kepada Allah. Inilah waktunya. Alhamdulillah aku bersyukur masih diberi peluang untuk berada dalam waktu waktu ini.

Memanglah penat. Tak. Bukan mengeluh. Tapi mengadu haha. Tak tidur. Tidur hanya beberapa jam. Ulangkaji tapi apa benda yang diulangkajinya pun tak tahu. Ah complicated nya. Sabar. Masih hanya berbaki tiga paper sahaja lagi. Tiga paper ini nak menunggu untuk habis, perit. Rindu saat tingkatan lima, ALFA 2013. Tidur sebelum pukul 11. Paling lewat pun 12 malam. Dan sentiasa bangun 5.45 pagi. 6.45 pagi bersesak sesak ke sekolah. Rasa akulah yang paling lambat ! Kelas padat dari pagi hingga petang. Paling awal pulang pukul 3.10 petang. 

Menjadi kebiasaan sampai rumah pukul 6 hingga 6.30 petang. Pelik. Tidak pernah aku mengadu penat. Malahan seronok walaupun berulang ulang kali. Tetapi ketika ini, dalam seminggu class hanya ada pada hari hari tertentu, waktu waktu tertentu. Contohnya, hari Isnin hanya ada class 8.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja. Kemudian, kosong. Tetapi mengapa masih merungut dengan hanya class pada waktu dan hari yang tertentu. Jawapannya, aku terlalu berada dalam situasi selesa dimana dahulu, nak atau taknak aku tetap mesti nak sedikit sebanyak mengubah niat untuk sentiasa melakukan dengan ikhlas. Tuhan, tetapkanlah hati ini.Semoga tidak berubah niat ini.